welcome

Thursday, May 30, 2013

Baju Separa kalis peluru

   Malam ni saya akan menjalani test yang terakhir sebelum mood final menjelma untuk tempoh sebulan ni.
Segala report2, assignment, projek tok nenek yang seangkatan dgn nya akan bertimbun secara gear automatik.
    Stress, tension, compression, mahupun shear adalah perkara biasa yang dihadapi di kepalaku ketika waktu2 puncak sebagini. Apa yang lebih menarik untuk prijek kali ni, saya telah berjaya menarik jiwa2 yang qowi ke lembah kegelapan yang saya hadapi. Ini suatu kejayaan yang Osem bukan? ok  itu 'lame joke'..

Tapi saya lebih tertarik untuk bercerita ape yang telah berlaku pada hati, jiwa, rohani, dan spiritual saya sendiri di sini. Oh, itu sungguh mementingkan diri sendiri sepertinya. Atas siapapun kepentingannya dibentangkan, bukan menjadi neraca saya buat masa ini. Keadaan semakin kritikal dan manusia semakin tenat dimamah arus kebaratan yang sangat menjengkelkan.

   Sungguh banyak peringatan yang singgah ditelinga saya akhir2 ini. Yeah, sesungguhnya peringatan itu sungguh berguna bagi orang2 beriman. Wait semenet, 'orang beriman' tu.
  Peringatan yang datang kepada saya ibarat berita tv3 yang dibacakan lalu di bakul sampahkan.
Itu seperti peluru yang tidak mampu menenbusi hati nurani saya. Saya sangat kebal dari sekadar menangkis peluru2 sesat yang sentiasa diulang-ulang sehingga memualkan. hahaha.... agak kritis penulisan saya kali ni, tapi tanpa perlu dibimbangi, kerana blog ini sekadar 'punch bag' saya ketika saya sgt stress seumpamanya.
  Saya tidak mampu nak bagi jawapan kenapa baju saya sangat kalis peluru-peluru mudah, juga berharap akan temui jawapan2 pelik dari kehidupan yang sangat 'puzzle'.
saya super saiya yang kalis bom

Sunday, May 26, 2013

Spek baru

Alhamdullilah...berkesempatan memperbaharui post malam ni setelah beberapa kurun sibuk dgn pelbagai alasan yang x munasabah.

aku nak selesai kan artikel lepas....bunyinya agak tergantung dan  macam xde jalan penyelesaian...
untuk memuaskan hawa otak membaca artikel tersebut, aku gunakan kesempata kali ini dgn menulis apa yang terbuku/termajalah/terjournal dalam kepala bebrapa hari sebelum ni.

Dalam perkhemahan selama 3hari setengah yang sangat osem lagi hensem hujung minggu lepas, aku mula memandang kehidupan sebagai seorang penyeru ini dari sisi yang berbeza dari apa yang aku sangka sebelum  ini.

Dikala iman kita dok bawah sangat..... terasa terbeban yang teramat sekali pun hanya untuk bertegur sapa dengan ikatan umum..
KETAHUILAH.. sesngguhnya aku tidak berseorangan di bumi ini....
aku bersama saudara-saudaraku.... mereka semua menpunyai penyelesaian kepada masalah aku yang sekecil ****** bagi mereka...

Jawapannya adalah tali persaudaraan perlu terjalin terlebih dahulu.

Aku serigala jadian

dah lama aku x mengapdet post dlm blog ni... biasanya aku akan cari blog ni bila iman tengah jatuh sejatuh-jatuhnya sedalam parit raja. Yeah... dah nampak permainan nya disitu... sem ni penuh dengan suka ria gelak tawa guling-guling happy go lucky berbulatan gembira... dah lebih setengah tahun jari jemari tak menari - nari dengan rancak di papan kekunci untuk curahat.

 Hujung2 sem Alhamdulillah Allah telah kurnia kan aku sebijik dua bulatan gembira untuk di gembirakan...
Wahh!!!  memandu bugem (baca : bulatan gembira) seperti menerujakan....dimana sebagai naqib (uhuk uhuk) akan menjadi rojokan anak buah dalam hal - hal yang sekililing mereka..
   dan aku sambil membetulkan tali leher , kolar dan ikat tali kasut cuba menjawab persoalan2 tersebut dengan penuh bergaya....   so that what  was I thinking..

 


     Ternyata kerja pendakwah ni bukan sesuatu yang lekeh... boleh buat part time, boleh buat ala kadar, sambil gelak ketawa makan chips more, atau berlari lari membawa layang2.

Qudwah qabla Dakwah

itu perkara pertama dalam muassafat dakwah tau. chop semenet... kalau dah tu perkara pertama, kau dah lepas ke? berangan so call daie.....

post kali ni hanya sekadar teaser untuk seterusnya, memandangkan sekarang musim final, jadi laptop haruslah dinomborduakan....

-sekian-

Saturday, October 27, 2012

Midsem disaster

Cuti midsem kali ni penuh dgn kejutan - kejutan yang menggembirakan dan mengecewakan.
Walaupun kita dah merancang lama, tp perancangan Allah adalah lebih baik.

     Pertama sekali, kem tahunan koko dibatalkan secara tiba tiba
hanya kerana masalah yang tak dapat dielakkan.
bas yang telah ditempah utk ke perkemahan ditarik semula 
untuk memberi laluan kepada pesta konvo yang akan berlangsung 
hujung cuti midsem ni.

Secara tidak langsung cuti aku kali ni jadi panjang dan (aku sangka) boleh
berehat dari dakwah seperti di kampus.
agak mengejutkan juga tanpa disangka - sangka en. abang besar ada bawa hadeknya pulang sekali sebagai tetamu di raya haji ni.
oleh kerana ada org berpangkat "hadek", tugas DF, qudwah, tsiqah, etc 
berjalan semasa so called "cuti".

Jadi adakah aku ini jenis org yang bermuka-muka?
tunjuk alim - alim kucing didepan hadek - hadek,
tp bila balik rumah aku buat balik perangai lama yang kurang senonoh.
What the ____!!!!!
Ini boleh dianggap sebagai pergolakan dalam kepala aku
bila fikir semua yang aku buat ni hanya untuk memenuhi wasilah yang aku ikut.

pernah x aku bertegur sapa org dgn niat kerana Allah?
pernah x aku ke bilik hadek ikhlas menunaikan tanggungjawab sebagai daie?
pernah x aku ikhlas belanja hadek2 makan dgn duit PTPTN?


DUSH3x

tamparan tu memang kuat sekali.
aku rasa sgt tamparan tu bila iman mula menuran dan hadek berada hampir dgn aku.
aku diam membisu malah berpaling muka untuk berbicara dgn dia.

"eh, abg ni hari tu becok sekali berkata-kata.apsal hari ni  tetibe jadi sombong?"
Astagrfirullah.....

Inilah yang aku rasai .
Inilah yang perlu aku perbaiki.

bolehkah amal aku dirumah secanggih dikampus?
adakah cakra aku di rumah setanding dikampus?
berapa liter air liur aku habis kerana zikrullah?

semoga setiap gerak geri dan amal aku di dunia adalah semata - mata kerana Allah.
bukan kerana wadah
bukan kerana murabbi
bukan kerana hadek
bukan kerana ayah
bukan kerana usrahmate.


Sunday, October 14, 2012

Ini Seriyes Kool

3 minggu sudah selepas berkonfrens riang bersama hadek2 org, kini berpeluang bawa hadek2 sendiri berkonfrens riang Ini Sungguh Kool.

mmg tak di nafikan kecacatan akan berlaku setiap kali langkah di buka dgn penuh semangat.
aku terlalu sibuk memfokuskan pada DF sehingga hampir hanyut oleh arus mereka sedangkan kuning telur bergaul dgn mereka adalah untuk ke Ini Sungguh Kool.

Walaubagaimanapun rancangan Allah adalah yg ter baik utk kita meski kita tak nampak rasionalnya.
jiwaku terubat jua dgn hadirnya hadek lamaku yg sgt aku syg mnyerahkan diri ke konfrens riang ini.

maklum balas yang aku dpt daripada dia mengatakan ini sepatutnya 'INI SERIYES KOOL'
hilang seketika masalah yg melanda kat kepala sejurus selepas dgr dia berkata sebegitu.

perjalanan ini sumpah masih panjang...

Wednesday, September 26, 2012

Ini Sangat Kool

Kali ini nak cuba buat post yang panjang.... Tapi itu semua adalah angan2 disiang hari.
 aku bukan orang yang rajin menulis. Bahkan aku cukup malas membaca.. hatta buku Prof.Matematik yang memeningkan.

Hujung minggu lepas baru sahaja selesai dengan konfrens riang Itu sungguh kool..
Ini dah termasuk kali ke-3 mendengar konfrens tersebut....
Isinya sangat menyentuh kalbu sungguhpun sedang menjadi penyibuk yang tak terlalu membantu.

Perasaan riang terkinja-kinja tak dapat disembunyikan melihat Ikhwah beraksi menjalankan Syahadatul Haq kepada hadek2 yang sangat nais...

bercampur baur hatiku ini ketika itu dek kerana sentuhan penyampai dan respons hadek2 baru.
mmg mereka agak naif, tapi mereka juga manusia yang bergelar mahasiswa.
mungkin ini jawapan kepada sesiapa sahaja yang mengalami kefuturan...

sekarang rasa nak melompat-lompat untuk beraksi di jalan dakwah.
ada beberapa nama yang telah dihantar untuk di bulatangembirakan.
berdebar-debar dan teruja..

Osem la kau...